Thursday, July 18, 2013

Karya Hati

Gelak tawa seolah tiada makna. Saat diri terlantar kesedihan, orang lain meraikan kebahagiaan. Saat diri berasa keseorangan, orang lain mencipta kemeriahan. Hidup tak selalu indah, tak selalu cerah, tak selalu mewah. Saat diri menggapai kebahagiaan, dalam hati masih terpaut rasa kedukaan. Mengenangkan kisah-kisah lama yang membawa tangisan. Air mataku umpama hujan yang mencurah turun kebumi, apabila puas ia akan berhenti. Semakin lebat ia turun, sewaktu itulah saat untuk meluahkan. Setiap titisan ada penceritaan. Sedih, gembira, marah, penyesalan dan harapan dalam setiap titisan. Sepi dalam diri tiada tandingan, tidak mampu diceritakan malahan diluahkan. Hanya dapat dirasai oleh aku sebagai seorang insan..yang merasakan. Yang terkadang selalu menjadi mangsa keadaan. Dalam hati ada seorang insan..yang disayang, yang meneman. Selalu takut untuk merasa kehilangan. Menitis air mata di saat ada pergelutan. Bimbang takdir dan impian tidak kesampaian. Apakan daya itu takdir Tuhan. Mohon dariku untuk dikekalkan. Aku bukan sesiapa, khilaf dan selalu melakukan kesalahan. Selalu berada dalam kesedihan, selalu berada dalam "kebosanan". Belum merasai erti hidup sebenar, belum mengetahui siapa diriku yang sebenar. Saat diri menangis mengenal diri, aku tertanya aku mengetahui tarikh kelahiran ku, tetapi bilakah tarikh kepergianku? Itu semua rahsia Allah. Terlintas dalam pemikiranku, sempatkah aku melalui masa-masa mendatang, untuk menggapai segala impian dan cita-citaku? Hmm wallahualam.

"9A. Saya nak jadi Pegawai Tentera. Sebelum tu nak masuk UPNM. Nak dapat gaji tinggi-tinggi. Nak kumpul duit nak pergi Makkah. Saya nak rumah mewah, kereta mewah sebagai tanda kejayaan saya. Bercuti ke luar negara mahupun dalam negara memang keinginan. Hidup dengan s/one yang memberi bimbingan dan kebahagiaan"

Kata kata yang berulangkali bermain dalam hati. Saat itulah aku akan mengenali diri aku sendiri, Siapakah Nur Husna Ezzanie :')

 
By: Nur Husna Ezzanie 

Hey Comel! Dah Baca Jangan Lupa Komen :]

Wednesday, July 17, 2013

Lirik lagu Tetap Menantimu by Nomad

Aku menyedari telah jatuh cinta 
Tapi aku tak bisa mengungkapkan 
Terasa bahagiaku mencintaimu 
Walaupun kau belum mencintaiku

 Aku di sini kan selalu menunggu 
Yang selalu ada di setiap waktumu 
Selalu menanti jawapanmu 
Untuk cinta yang terakhir 

Semakin ku bisa untuk menyayangi 
Semakin ku bisa untuk mengerti 
Tak akan pernah hilang rasaku 
Cinta yang membawa dalam hatiku
 Bagai mata yang tak terpejam 
Aku tetap menantimu 
Aku di sini kan selalu menunggu 
Yang selalu ada di setiap waktumu 
Selalu menanti jawapanmu 
Untuk cintamu....

 Tak akan pernah hilang rasaku 
Cinta yang membawa dalam hatiku 
Bagai mata yang tak terpejam 
Aku tetap menantimu 
Aku kan tetap menantimu
Hey Comel! Dah Baca Jangan Lupa Komen :]

Tuesday, July 16, 2013

Bla bla bla . . .

For a long time tak meng-update blog ni. Dan sekarang sudah berhabuk. Fuhhhh *tiup-tiup habuk* Hehe. Well busy la katekan untuk tingkatan 4 ni. Mana taknya subjek killer nak mampos sampai aku hampir dibunuh. Addmath paling membunuh sekali. Tension tahap nak melahirkan 100 anak *terok betul tensionnya* Okea anyway salam ramadhan to all muslims. Kumpul pahala banyak-banyak lah okea. Pahni kumpul duit raya pulak kan. Nampak tak gambar kat atas tu :D Hehe. Hensem tahap benda dah orkk. Nama dia Saiful Sufian Bin Sufian a.k.a Izzue Islam saya. *wahh bangga*. Meme lah bangga :D Muka dia hampir sama macam Izzue Islam. Tengok bawoh ni.
Ni Izzue Islam. Aku mula tengok and kenal dia ni time SSID meletop tulah. Romantik tahap giler la selepas Setia Hujung Nyawa. And dari tu baru aku tahu dia ni geng FORTEEN. Lagu hok best-best tu. Hehe. Muka dia same lah cam Sufian tu. Rambut paling penting. Okea tak nak mengarut dah. Hehe. Habuk dah buang sikit-sikit. Nanti sambung pembersihan. Assalamualaikum.
Hey Comel! Dah Baca Jangan Lupa Komen :]