Monday, August 12, 2013

M A A F

Maaf terkadang saya terkasar bahasa bila bertuturan dengan awak.
Maaf saya selalu marah-marah awak tanpa jelaskan alasan sebenar.
Maaf saya selalu buat awak berasa bosan dengan layanan saya.
Maaf tak dapat teman awak waktu malam sampai pagi.
Maaf tak ambil berat pasal awak.
Maaf tak sesempurna orang lain dimata awak.
Maaf andai kekurangan saya membuatkan awak berasa bosan.
Maaf tak lemah lembut macam orang lain.
Maaf tak comel cam perempuan lain.
Maaf tak pemalu macam perempuan lain.
Maaf banyak bergaul dengan lelaki tak macam perempuan lain.

MAAF, TAK DAPAT BAHAGIAKAN AWAK MACAM PEREMPUAN LAIN BUAT.
Hey Comel! Dah Baca Jangan Lupa Komen :]

Sunday, August 11, 2013

Untuk AWAK sorang

Akhir tahun tingkatan 1 , 2010 : Kita mulakan perkenalan tidak sebagai kawan. Tapi seperti memang saling tidak mengenali antara satu sama lain. Yaa, kita mesej tanya nama, tinggal kat mana bagai. Padahal satu kelas je pun. Kelas 1 Aktif. Hahaha. Awak try usha saya, guna ayat gramatis bagai. Lawak lah awak ni. Buat saya gelak. So, saya mula tak bosan dah sebab ada orang teman saya walaupun via message :) Saya terima lah, tapi tak sampai 2 hari, awak kol cakap just main-main jea sebenarnya. Jadi saya jawab "I'M OKAY".

Tingkatan 2 , 2011 : Saya dipermainkan oleh seorang budak yang bermula dengan huruf "A". Tapi "I'M OKAY". Stay tersenyum lebar dengan semua lawak bodoh ni. Saya minta tolong kawan awak lepas daripada dia dan akhirnya, awak dapat semula nombor saya. Awak mesej saya, dan start situ kita melawak bagai. "Me : Couple keeee ? Him : Ahh buat apa ? Cinta monyet , buang duit , buang masa . Me : Siapa suruh cinta dengan monyet , memang lah habis duit beli pisang kat dia" Gelak tawa time tu memang susah untuk orang lain rasakan. Just aku jee. Die minta untuk lebih daripada kawan, aku cakap, naik cuti 21 Mac 2011 aku bagi.

21Mac , 2011 : Okay pegi sekolah hari pertama naik cuti ^^ Lawakkkkk. Malu giler nak cakap dengan dia. Hahaha. Balik rumah mesej "Knape tak bagitahu jawapannya" "Malulahhh". Ingat lagi semua tu :) Tempat pertama bercakap depan kelas 2 Arif 2011. Him : Tak pegi makan ke ? Me : Diet lahhhh . Him : Diet benda dah kuros kering ni. Hehe, tak makan saman betul die ni.

19 Ogos 2011 : Genap 15 tahun ! Bukak facebook dia bosan-bosan ken, ehhhh chat apa ni? "Biy"? "takecare"? Emmm OKAY. Kena main lagi ke? Pendammmm, pendammmm. Hmm tidak tak boleh pendam! Mesti balas. On my facebook, ada orang hantar chat "Hai". Okay ini masanya untuk uji semuanya, adakah dia main-main atau serius. Kalau serius dia akan bertahan dengan apa yang aku buat! Segala cacian, makian aku sudi terima. Dan akhirnya kantoi... Hmmm die sedih bagai.. Okay from situ aku tahu, dia SERIUS. Yeee ni UJIAN. Biar aku sorang tahu :)

Tingkatan 3 , 2012 : Bawak jumpa mak bapak aku. Kenalkan, study sama-sama. Dia cakap dia nak jadi pegawai tentera! Wowww, nak jadi jugak lah. Support dia untuk study! Study froward sama-sama. Nak berjaya dengan dia ^^ Happy sangat. Lepas PMR, bawak dia pegi jalan PUTRA. Spent time hari-hari dengan dia. Pergi taman. Makan kat kedai mamak yang bagi air percuma tu. Haha.

Tingkatan 4 , 2013 : Dia dah besar. Makin hensem :) Suka tengok dia. Sayang sangat kat dia. Support dia untuk capai cita-cita dia, tahun depan dah SPM. Hmmm penentu masa depan. Raya pertama, dan semuanya BERUBAH.........................................

Hmm ini baru 1% punya cerita.

Ya, mungkin ini patut aku pendam. Awak, saya tahu saya belum cukup sempurna untuk lengkapkan hari awak. Saya tidak memahami, saya bersikap kasar. Saya selalu marah-marah awak kan? Marah tandanya sayang, Cemburu tanda cinta. Hmmmm saya tak tahu nak cakap apa. Nak cerita panjang-panjang tak mampu. Banjir dah keypad lappy ni sebab airmata saya. Takpeeee. Awak cari dia sebab awak nak tempat meluah. Lepasni luahla segalanya kepada dia. Harap dia menjadi pendengar yang setia. Yang lebih baik daripada saya. Luahla pasal family apa semua tu kat dia. Harap die support awak dalam pelajaran awak. Harap dia pujuk awak kalau dia merajuk. Harap dia ada dengan awak time susah. Harap dia dapat gayot ngan awak sampai pagi buta :) Yaaaaa, harap begitulah. Saya tidak seperti dia. Dan paling penting, HARAP DIA DAPAT BAHAGIAKAN AWAK LEBIH DARI SAYA BAHAGIAKAN AWAK. Saya sanggup terluka, asalkan awak dapat apa awak nakkan. Sayang awak :'( Bye selamanya

Halalkan semua yang awak bagi kat saya ^^ Kamera, beg duit, makanan, bear, cincin, baju dan segalanya. Saya tak ada duit nak bayar :'| Tapi satu lagi awak! Semua tu TAK MENJAMIN KEBAHAGIAAN.
Sesuatu perkara yang berbalas dengan dendam, hancur musnah akhirnya.
Bye. Daripada budak susah nak makan ni :'(


thanks blogg, dengar semua rintihan ni. walupun tak banyak :'(
Hey Comel! Dah Baca Jangan Lupa Komen :]

Thursday, July 18, 2013

Karya Hati

Gelak tawa seolah tiada makna. Saat diri terlantar kesedihan, orang lain meraikan kebahagiaan. Saat diri berasa keseorangan, orang lain mencipta kemeriahan. Hidup tak selalu indah, tak selalu cerah, tak selalu mewah. Saat diri menggapai kebahagiaan, dalam hati masih terpaut rasa kedukaan. Mengenangkan kisah-kisah lama yang membawa tangisan. Air mataku umpama hujan yang mencurah turun kebumi, apabila puas ia akan berhenti. Semakin lebat ia turun, sewaktu itulah saat untuk meluahkan. Setiap titisan ada penceritaan. Sedih, gembira, marah, penyesalan dan harapan dalam setiap titisan. Sepi dalam diri tiada tandingan, tidak mampu diceritakan malahan diluahkan. Hanya dapat dirasai oleh aku sebagai seorang insan..yang merasakan. Yang terkadang selalu menjadi mangsa keadaan. Dalam hati ada seorang insan..yang disayang, yang meneman. Selalu takut untuk merasa kehilangan. Menitis air mata di saat ada pergelutan. Bimbang takdir dan impian tidak kesampaian. Apakan daya itu takdir Tuhan. Mohon dariku untuk dikekalkan. Aku bukan sesiapa, khilaf dan selalu melakukan kesalahan. Selalu berada dalam kesedihan, selalu berada dalam "kebosanan". Belum merasai erti hidup sebenar, belum mengetahui siapa diriku yang sebenar. Saat diri menangis mengenal diri, aku tertanya aku mengetahui tarikh kelahiran ku, tetapi bilakah tarikh kepergianku? Itu semua rahsia Allah. Terlintas dalam pemikiranku, sempatkah aku melalui masa-masa mendatang, untuk menggapai segala impian dan cita-citaku? Hmm wallahualam.

"9A. Saya nak jadi Pegawai Tentera. Sebelum tu nak masuk UPNM. Nak dapat gaji tinggi-tinggi. Nak kumpul duit nak pergi Makkah. Saya nak rumah mewah, kereta mewah sebagai tanda kejayaan saya. Bercuti ke luar negara mahupun dalam negara memang keinginan. Hidup dengan s/one yang memberi bimbingan dan kebahagiaan"

Kata kata yang berulangkali bermain dalam hati. Saat itulah aku akan mengenali diri aku sendiri, Siapakah Nur Husna Ezzanie :')

 
By: Nur Husna Ezzanie 

Hey Comel! Dah Baca Jangan Lupa Komen :]

Wednesday, July 17, 2013

Lirik lagu Tetap Menantimu by Nomad

Aku menyedari telah jatuh cinta 
Tapi aku tak bisa mengungkapkan 
Terasa bahagiaku mencintaimu 
Walaupun kau belum mencintaiku

 Aku di sini kan selalu menunggu 
Yang selalu ada di setiap waktumu 
Selalu menanti jawapanmu 
Untuk cinta yang terakhir 

Semakin ku bisa untuk menyayangi 
Semakin ku bisa untuk mengerti 
Tak akan pernah hilang rasaku 
Cinta yang membawa dalam hatiku
 Bagai mata yang tak terpejam 
Aku tetap menantimu 
Aku di sini kan selalu menunggu 
Yang selalu ada di setiap waktumu 
Selalu menanti jawapanmu 
Untuk cintamu....

 Tak akan pernah hilang rasaku 
Cinta yang membawa dalam hatiku 
Bagai mata yang tak terpejam 
Aku tetap menantimu 
Aku kan tetap menantimu
Hey Comel! Dah Baca Jangan Lupa Komen :]

Tuesday, July 16, 2013

Bla bla bla . . .

For a long time tak meng-update blog ni. Dan sekarang sudah berhabuk. Fuhhhh *tiup-tiup habuk* Hehe. Well busy la katekan untuk tingkatan 4 ni. Mana taknya subjek killer nak mampos sampai aku hampir dibunuh. Addmath paling membunuh sekali. Tension tahap nak melahirkan 100 anak *terok betul tensionnya* Okea anyway salam ramadhan to all muslims. Kumpul pahala banyak-banyak lah okea. Pahni kumpul duit raya pulak kan. Nampak tak gambar kat atas tu :D Hehe. Hensem tahap benda dah orkk. Nama dia Saiful Sufian Bin Sufian a.k.a Izzue Islam saya. *wahh bangga*. Meme lah bangga :D Muka dia hampir sama macam Izzue Islam. Tengok bawoh ni.
Ni Izzue Islam. Aku mula tengok and kenal dia ni time SSID meletop tulah. Romantik tahap giler la selepas Setia Hujung Nyawa. And dari tu baru aku tahu dia ni geng FORTEEN. Lagu hok best-best tu. Hehe. Muka dia same lah cam Sufian tu. Rambut paling penting. Okea tak nak mengarut dah. Hehe. Habuk dah buang sikit-sikit. Nanti sambung pembersihan. Assalamualaikum.
Hey Comel! Dah Baca Jangan Lupa Komen :]

Thursday, February 14, 2013

Hangout with friends 12/02

Bismillahhirahmanirrahim.
Pada tarikh 12/02/2013, aku bersama rakan-rakan or gang pergi hangout dekat Kuantan Parade, andthen Megamall seterusnya East Coast Mall, Kuantan. Pada hari yang sama, aku pergi IPD firstime! untuk report yang IC aku hilang. Haihh, guane boleh hilang auw :3 Berok betull. Tapi happy hang dengan diorang. Tengok wayang cerita "Husin Mon" or Hantu Kak Limah 2 tu. Suka tengok diorang gelak, ketawa tengok cerita tu. Aku pun gelak sama :') Merayap tengok baju lahh. Nak beli semua jee rasa, tapi duet tak bawak banyak. Time ni tak ramai sangat yang hang. Dalam 10 orang jee :( Aku, Saiful, Syahiran, Nadia, Apik, Suhaibah, Adam, Ayat, Badri dengan adik Aliff Farhan. Apa-apa pun, boleh lah. Nanti ada time, aku nak hang dengan semua gang! Yeahh.

Anyway, hidangan :
 Apik dengan adik Aliff. Amboi, makan KFC dieee ^^

 Antara yang pergi hang tu. Campur aku 10 orang lah kan kan.

 Nadia, main bowling woo. Larat tak tu Nadia?

 Syahiran posing....Haha.

Ada orang belikan bear ni kat saya time hang tu. Mahal giler harga dia. Haha. Mekasihhh :')

p/s : Setiap waktu bersama sahabat adalah kenangan terindah dalam hidup :)

Hey Comel! Dah Baca Jangan Lupa Komen :]

Saturday, January 19, 2013

A HAPPY DAY :D

Bismillahhirrahmanirrahim. Assalamualaikum WBT.

Okay , untuk entri hari ni , aku nak meluahkan kegembiraan dan keseronokan aku bersama sahabat-sahabat aku yang paling aku sayangi. Sumpah hari ni, aku cuma tersenyum dan ketawa sahaja. Bersama sahabat-sahabat aku yang menceriakan aku. Bersyukur, aku dapat sahabat-sahabat seperti mereka. Sangat happy. Memang malam semalam, aku menangis, sedih dengan apa yang berlaku antara kawan-kawan aku. Tapi, hari ni. Sememangnya, alhamdulillah Allah mengembalikan kegembiraan yang tak terhingga untuk aku bersama mereka. 

Firtsly, pagi tadi. Aku bangun lambat tau. Dalam pukul 7 lebih. Dah lah kena datang sekolah untuk gotong-royong perdana, boleh pulak aku bangun lewat. Ok, then pegi sekolah. Memang ada pergaduhan kecil dekat sekolah tadi. Tapi finally, selesai jugak. And semua mula happy and senyum. Anyway, terima kasih Ain Nadia. :') Aku pun mulai senang, gembira sangat-sangat.

Petang tadi, sahabat-sahabat aku, Nadia, Nadhirah, Najihah, Epu, Syahiran, Nurul and Naim datang rumah aku. Kecoh, riuh sekali rumah aku :') Tapi tak best Nadia balik awal dengan Nadhirah. Lepas tu, mak aku ajak pergi makan roti canai kat kedai ramai-ramai. Kitorang merempit lah pegi ramai-ramai. Sedapp, aku makan dua pinggan. Diorang tak nak tambah. Aku buat muka tak malu jer ah tambah :D Hehe. Andthen, kitorang merempit balik semula kat rumah aku. Lepak, main bola kat depan rumah. Snapping bagai~ 

Happy sangat. Alhamdulillah, SubhanAllah :) Aku harap hidup aku terus begini. Aku sayang semu sahabat aku! Selalu menceriakan hidup aku tatkala sepi! Aku tak nak kehilangan mereka. Gambar di bawah menggambarkan kegembiraan aku bersama mereka. Kepada Ain Nadia, saya ambil beberapa gambar dari album awak untuk entri kali ni. Halalkan okay ? Thanks awok :')












Terima kasih semua Sahabatku..
Hey Comel! Dah Baca Jangan Lupa Komen :]