Saturday, January 19, 2013

A HAPPY DAY :D

Bismillahhirrahmanirrahim. Assalamualaikum WBT.

Okay , untuk entri hari ni , aku nak meluahkan kegembiraan dan keseronokan aku bersama sahabat-sahabat aku yang paling aku sayangi. Sumpah hari ni, aku cuma tersenyum dan ketawa sahaja. Bersama sahabat-sahabat aku yang menceriakan aku. Bersyukur, aku dapat sahabat-sahabat seperti mereka. Sangat happy. Memang malam semalam, aku menangis, sedih dengan apa yang berlaku antara kawan-kawan aku. Tapi, hari ni. Sememangnya, alhamdulillah Allah mengembalikan kegembiraan yang tak terhingga untuk aku bersama mereka. 

Firtsly, pagi tadi. Aku bangun lambat tau. Dalam pukul 7 lebih. Dah lah kena datang sekolah untuk gotong-royong perdana, boleh pulak aku bangun lewat. Ok, then pegi sekolah. Memang ada pergaduhan kecil dekat sekolah tadi. Tapi finally, selesai jugak. And semua mula happy and senyum. Anyway, terima kasih Ain Nadia. :') Aku pun mulai senang, gembira sangat-sangat.

Petang tadi, sahabat-sahabat aku, Nadia, Nadhirah, Najihah, Epu, Syahiran, Nurul and Naim datang rumah aku. Kecoh, riuh sekali rumah aku :') Tapi tak best Nadia balik awal dengan Nadhirah. Lepas tu, mak aku ajak pergi makan roti canai kat kedai ramai-ramai. Kitorang merempit lah pegi ramai-ramai. Sedapp, aku makan dua pinggan. Diorang tak nak tambah. Aku buat muka tak malu jer ah tambah :D Hehe. Andthen, kitorang merempit balik semula kat rumah aku. Lepak, main bola kat depan rumah. Snapping bagai~ 

Happy sangat. Alhamdulillah, SubhanAllah :) Aku harap hidup aku terus begini. Aku sayang semu sahabat aku! Selalu menceriakan hidup aku tatkala sepi! Aku tak nak kehilangan mereka. Gambar di bawah menggambarkan kegembiraan aku bersama mereka. Kepada Ain Nadia, saya ambil beberapa gambar dari album awak untuk entri kali ni. Halalkan okay ? Thanks awok :')












Terima kasih semua Sahabatku..
Hey Comel! Dah Baca Jangan Lupa Komen :]

Thursday, January 17, 2013

What I Feel ? Ohmaii .

Bismillahhirrahmanirrahim. Assalamualaikum WBT.

"Tiada salah awak bagi saya :') Meskipun begitu. Saya tak boleh tengok awak bermasam muka dengan saya. Saya tak kan marah awak. Saya sayang awak. Saya tahu awak tak bersalah. Kekadang Allah ingin menguji kesabaran saya, dengan menunjukkan semua ni pada saya. Apa yang saya tak suka. Tapi apa-apa pun, hati saya lebih mempercayai awak. Harap awak faham apa yang saya tak suka. Saya tak pernah mara awak. Saya cuma manusia biasa. Sebab tu, kesabaran saya memuncak melebihi kemampuan dalam diri saya. Tapi apapun terjadi, hati saya sentiasa menyayangi awak, dengan sepenuh kasih. Awak jangan pernah terlintas untuk memikirkan yang saya akan lepaskan awak kerana semua tu never happen. Hati saya tetap pada awak. Saya tak kuat, untuk ubah hati saya. Dan saya bersyukur saya tak pernah mampu untuk melakukannya."

Memang ayat dia agak jiwang. Tapi aku tak pernah lagi dapat message macamni daripada mana-mana lelaki melainkan DIA. Memang orang cakap "Kecik-kecik dah pandai menjiwang". Tapi orang yang cakap tu, tak tahu perasaan yang seseorang ni alami. Anyway, terima kasih untuk semua ni awak. Saya amat menghargai semua yang awak buat untuk saya selama ni. Awak the PERFECT yang pernah saya jumpa. Saya terlalu sayangkan dia. Sampai Jannah sekalipun saya cuba pertahankan semua ni. Macam-macam saya harungi dengan dia. Tapi kami tak pernah terpisah. Semua kesalahan, kerenggangan antara kami, berpunca dari saya. Saya tak pernah bersyukur dengan semua tu. Dia tetap menyayangi saya, sabar terhadap saya, berkorban segalanya untuk saya. Tapi saya? Cuma mengendahkan saja. Saya cuba untuk menjadi yang terbaik untuk dia. Saya banyak salah dengan dia. Saya harap dia maafkan segala kesalahan saya terhadap dia. Dan saya ingin dia tahu, saya terlalu menyayangi dia. Saya sedar, saya dah jumpa yang THE BEST ONE! Saya doakan awak berjaya dalam hidup awak. Dan kita akan berbahagia dengan kejayaan kita nanti. Saya tetap tunggu awak! Tunggu awak untuk mencapai kejayaan yang awak nakkan tu! Saya tunggu.

p/s : CINTA JANGAN ENGKAU PERGI MENINGGALKAN DIRIKU LAGI. SESUNGGUHNYA CINTA KITA SETIA KE HUJUNG NYAWA.


Hey Comel! Dah Baca Jangan Lupa Komen :]

Monday, January 14, 2013

Berfikir Sejenak , Renung-renungkan .

Bismillahhirrahmanirrahim. AssalamualaikumWBT.
Seriously, hari ni memang sangat membosankan. Takada apa-apa yang menarik untuk aku ceritakan. Hmm, anyway, tadi aku tengok lhaa page-page yang ada kat Facebook tu. Andthen, aku terjumpa beberapa artikel or ayat-ayat yang dikatakan boleh dijadikan panduan dalam hidup. Bukalah hati dan minda dengan seluas-luasnya untuk membaca ni :

♥ Saya tak minta yang SOLEH, sebab saya pun tak lah SOLEHAH sangat .
♥ Saya tak minta yang bergelar USTAZ, sebab saya lagi jauh untuk bergelar USTAZAH .
♥ Nak minta yang KAYA, saya pun TAK KAYA, hanya sekadar apa yang ada..
♥ Nak minta yang HENSEM, saya tak la CANTIK sangat, sekadar hamba sesempurna kejadian yang ALLAH ciptakan.
♥ Nak minta yang BERPANGKAT, saya hanya seorang HAMBA.
♥ Cukuplah sekadar yang MEMAHAMI dan MENERIMA diri seadanya .
♥ Cukuplah yang ada AGAMA di hati dan mengamalkannya serta sama-sama mencari jalan ke Syurga apabila bahtera dilayar dan masjid dibina.
♥ Cukuplah yang sama-sama saling MEMBANTU dalam susah dan senang mengharungi lautan dunia. 


Okay, ada juga 6 pesanan Imam Ghazali buat kita semua.
1. Apakah yang paling dekat dengan kita di dunia ni? : MATI .
2. Apakah yang paling jauh dengan kita di dunia ni? : MASA LALU .
3. Apakah yang paling besar di dunia ni? : NAFSU .
4. Apakah yang paling tajam di dunia ni? : LIDAH .
5. Apakah yang paling ringan di dunia ni? : MENINGGALKAN SOLAT
6. Apakah yang paling berat di dunia ni? : AMANAH .

Ambil masa untuk beberapa minit, renungkan dan fikirkan siapa kita? Kita cuma hamba, kerdil sangat. Mati akan tetap menghampiri kita. Tidak kira waktu, bila-bila masa sahaja kita boleh pergi meninggalkan dunia ni. But! Sudahkah kita menunaikan tanggungjawab kita sebagai seorang muslim dan mukmin yang sejati? 
Saya juga belum sempurna untuk menasihatkan orang, tapi, ada hadis mengatakan, dengarlah nasihat sesiapa jua mahupun dia seorang pelacur. 
Itu sahaja daripada saya, Assalamualaikum.



Hey Comel! Dah Baca Jangan Lupa Komen :]

Saturday, January 12, 2013

Dalam Kepenatan --'


Bismillahhirrahmanirrahim. AssalamualakumWarahmatullahhiwabaraktuh.

Salam Sabtu semua. Okay, hari ini sememangnya hari yang memenatkan bagi aku. Malam tadi tidur lewat (bukan malam tadi, memang hari-hari). Haha. Entah buat hape pun tak tahu lah kan? Bangun pagi tadi pergi sekolah. Aku and gang sekelas mengecat kelas kami. Untuk tahun ni, kami nak pastikan kelas kami menang. Siapa tak nak menang kan? Kitorang plan nak cat kelas kami warna purple. Agak-agak kemah molek, cung melecung tak warna purple? Try tengok. Actually, memang best lah jugak. Untuk hari ni, kitorang just cat alas, warna putih. Esok (Ahad) kitorang baru cat warna purple. Datang sekola lagi meyhh. Orang cuti tapi kami bersekolah. Hehe.

Ehh, berbalik kepada sekolah, memang banyak jugak lah kerja sekola untuk minggu ni. Essay BI, Komsas BM, Fizik, Pendidikan Islam, Biologi and Mathematics. Try buat slow-slow lah. Kalau buat sekaligus memang meletop lah otak ni kan? Cadang lepas mengecat esok nak siapkan dengan kawan-kawan :) Bincang molek, buat ramai-ramai baru best kan? Of course kali.

Tadi pergi rumah Apu. Tak puas pulak duduk rumah dia. Cepat bapak aku amik. Hee~. Best dapat main ngan anak sedara dia. Comel sesangat. K, ada hidangan untuk awk semua. See :

 Mohammad Adam Wahidi, thanks beli semua bahan ni.
 Bersungguh-sungguh Syahiran dengan Najihah.
 Sambil tu, kita relaks lah sekejap.
 Hehe. Apa-apa jer lah.

 Aku dengan Nurul Sahira. Comel dia kan? Snap photo ni time die tengah bergayot.
 Haha. Ni paling best! Rocket tiga namanya ^^ Sporting Buddyz.
Ni anak saudara Saiful Sufian. Bapak comel kan? Geram tengok pipi dia tu. Ada muka kau lah apu.

Adam Wahidi ..
Sahira :)

 
 Saiful Sufian ..

P/s : Thats all untuk hari ni. If ada story lagi. Aku storykan okay? Me LOVE you :* Sayang sahabat-sahabat ku.

Hey Comel! Dah Baca Jangan Lupa Komen :]

Friday, January 11, 2013

Macammana saya nak tahu, bakal suami saya seorang yang soleh dan baik?


 Lelaki yang soleh lagi baik, sama sekali tidak mengajak kamu untuk berbuat ZINA! Tidak bermukadimah zina sama ada dengan perkataan apatah lagi dengan perbuatan. Tidak mengucapkan seweneng-wenangnya kata-kata cinta, sayang dan rindu kepada kamu.Tidak mengajak kamu untuk berpegangan tangan, sentuh-sentuh sebelum nikah. Dia akan bernikah dengan kamu dengan cara baik. Dia akan berjumpa dengan kedua-dua ibu-bapa kamu dulu. Yang penting, dia setia berjanji akan mengahwinimu.

Apabila seseorang mengungkapkan rasa cinta kepadamu, jangan mudah terpesona dengan kata-kata ajaib, pesona kata cinta yang lemah lembut gemalai, yang lentuk meliuk. Tutup matamu, tutup telingamu. Buka luas-luas Pintu Hatimu... Pandang dengan Mata Hati.... Bermunajat kepada Allah s.w.t..... Solat Hajat, Beristikharah....mohon Allah s.w.t. pilihkan dan tentukan apakah dia sebenarnya baik untukmu... Jika baik, mohon Allah satukan, tetapi jika dia berniat tidak baik, mohon Allah singkir dia dari Hatimu supaya Hati tidak tersentuh mahupun terseksa kerana Cinta dia .




Hey Comel! Dah Baca Jangan Lupa Komen :]

Thursday, January 10, 2013

Tahun Baru Azam Baru :')

Ching Ching! Selamat Tahun Baru 2013 :) Semoga tahun ini menjadi tahun yang lebih bermakna bagi kita semua. Seriously, memag dah lame tak update blog ni. Dah berhabuk sampai. Haha. Sememangnya, tahun ini banyak yang berubah bagi diri aku :) Boleh dikatakan 90% lah.

Okay, Penilaian Menengah Rendah lepas, Alhamdulillah syukur Ya Allah, aku dapat 6A 2B. Hadiah untuk kedua-dua ibu bapa aku. Semoga diorang happy walaupun tak dapat straight A. Dan banyak lagi kisah yang ingin aku ungkapkan kat blog ni. Semua aku mampu ungkapkan kat sini. Terus dari hati, ke tangan hingga ke komputer. Nak tahu? Baca lahh.

Sememangnya, aku tak suka cari masalah dengan orang KALAU ORANG TAK CARI MASALAH dengan aku. *senyum* Orang cakap apa-apa pasal aku, memang dari awal aku akan pendam. Tapi, kalau aku tak mampu memang aku lepas. Aku bagitahu atas apa yang aku dengar. Aku cakap atas apa yang orang cakap. Lend me your eyes to read these. Aku tak suka MENFITNAH orang ni. Apa lah yang aku dapat? Dosa kan? Dari fitnah lebih baik aku bunuh. *cakap lembut ni bukan marah* Hehe. Aku cakap ATAS APA ORANG CAKAP. *ulangan* Dan aku biarkan semua itu, melainkan ada yang buat mulut lain cakap aku itu dan ini. Nak teruskan? Please go onnnn.

Itu kisah akhir 2012. Kalau hal ini berulang lagi. Aku malas nak ambil tahu dan LANTAKLAH. Mulakan hidup baru dan tak usah nak mengungkit lagi. Semua telah berlalu. Dan tahun 2013 ni, aku nak cakap, aku memang nak pindah! Dah berazam dari awal lagi. TAPI? Sebab sayangkan kawan-kawan aku tak mampu. Adakah orang tahu itu? Ya, di mata segelintir tu, memang. "OH DIA MEMANG BUDAK JAHAT". Nak cakap, okay teruskan. Alhamdulillah sayang. Aku tak mampu tinggal semua geng aku! Kawan-kawan aku. Nak aku mention semua tu? Boleh. Nadia, Sahira, Nadhirah, Najihah, Qistina, Adam, Syahiran, Epu, Apik, Ayat, Amirah, Ira, Afira, Aidil, Emy, Husna Athirah, Ieka, Aiman, Amirul, Shukri, Badri, Eci, Naim, Imran dan yang lain-lain tu. Ehhh, aku memang pernah gaduh dengan segelintir tu. Tapi kau pernah buat eksperimen dan investigate why?? Tak pernah kan?? Cuba tanya depan-depan, molek-molek, kemas-kemas, aku akan bagitahu segala. Dan yang pasti aku sayang kaurang sangat-sangat! Sampai mampos sekalipun.

Jengg. Aku nak memperjelaskan terus di sini. Okay, kepada Athirah Qistina! I want to be honestly and talk to you by this blog. Tapi pertama sekali, aku nak minta maaf dekat kau dari hujung rambut sampai hujung jari kaki kau yer sayang. Haha :* Aku tak ada niat untuk bermasam muka dengan kau selama ni. Aku cuma dengar-dengar orang kata. Kau memburukkan aku macam-macam. Sebabtu aku jadi macamni. Ada orang cakap kau dah memburukkan nama aku. Hmm, aku tak tahu nak cakap apa. Yang pasti banyak kali dah aku dengar sampai naik pekak telinga aku. Masa cuti pun dapat dengar cerita lagi. Aku nak relaks pun dah berserabut. So, start dari itu aku memang menjauhkan diri daripada kau. I AM SO SORRY. But, aku bengang lah jugak. Terasa lah jugak. Aku tak tahu betul atau salah semua ni. Kalau boleh kau tolong terangkan honestly dekat aku. Okay. Jangan berasa hati dear :* Aku dah dapat buka blog memang gini. Happy. Haha. Anyway, sudah cukup sudah. Nanti kau balas aww :* Hehe. Kat handphone aku.

Okay, untuk tahun ni, aku masuk kelas 4Aktif. Aliran sains. Of course bro, jumpa segala killer subject. ADD MATH, KIMIA, FIZIK, BIOLOGI and macam-macam lagi lah kan. And tahun ini jugak relationship aku dengan Saiful Sufian berakhir. *Ni dah terlebih honest dah ni* Aku nak fokus pada pelajaran dulu. Cita-cita aku dengan dia sama bhaii. Pegawai Tentera. Haha. Okay epu, kau capai cita-cita kau dan aku pun begitu. Kalau ada jodoh, lepas study kita jumpa lagi yer. Kau cakap nak masuk UPNM. Weh, aku pun sama. Kau tiru aku eak. Haha.

Okay, sampai ni jer lah. Kepada semua. Aku minta maaf untuk tahun baru ni, kalau aku buat salah, aku buat silap. Semua manusia macamtu. Aku bukan malaikat. Aku manusia yang banyak kekurangan. Tapi aku ada jugak rasa sayang, belas kasihan, simpati dan Cinta akan Allah SWT. Hidangan untuk semua. Harap awkorang suka.
          Aku , Nadia dengan Amira Shahira
Time mendaki Bukit Panorama..
 Haha.. Comel-comel..
 Bosan. So, kami posing ~
 Selepas PMR ...
 Hang dengan Nadia tersayang <3
 Jeng Jeng.. Athirah Qistina ~ Wet wettt .
 Angkasawan Space Camp. Memori paling best 2012.

Hey Comel! Dah Baca Jangan Lupa Komen :]