Saturday, January 19, 2013

A HAPPY DAY :D

Bismillahhirrahmanirrahim. Assalamualaikum WBT.

Okay , untuk entri hari ni , aku nak meluahkan kegembiraan dan keseronokan aku bersama sahabat-sahabat aku yang paling aku sayangi. Sumpah hari ni, aku cuma tersenyum dan ketawa sahaja. Bersama sahabat-sahabat aku yang menceriakan aku. Bersyukur, aku dapat sahabat-sahabat seperti mereka. Sangat happy. Memang malam semalam, aku menangis, sedih dengan apa yang berlaku antara kawan-kawan aku. Tapi, hari ni. Sememangnya, alhamdulillah Allah mengembalikan kegembiraan yang tak terhingga untuk aku bersama mereka. 

Firtsly, pagi tadi. Aku bangun lambat tau. Dalam pukul 7 lebih. Dah lah kena datang sekolah untuk gotong-royong perdana, boleh pulak aku bangun lewat. Ok, then pegi sekolah. Memang ada pergaduhan kecil dekat sekolah tadi. Tapi finally, selesai jugak. And semua mula happy and senyum. Anyway, terima kasih Ain Nadia. :') Aku pun mulai senang, gembira sangat-sangat.

Petang tadi, sahabat-sahabat aku, Nadia, Nadhirah, Najihah, Epu, Syahiran, Nurul and Naim datang rumah aku. Kecoh, riuh sekali rumah aku :') Tapi tak best Nadia balik awal dengan Nadhirah. Lepas tu, mak aku ajak pergi makan roti canai kat kedai ramai-ramai. Kitorang merempit lah pegi ramai-ramai. Sedapp, aku makan dua pinggan. Diorang tak nak tambah. Aku buat muka tak malu jer ah tambah :D Hehe. Andthen, kitorang merempit balik semula kat rumah aku. Lepak, main bola kat depan rumah. Snapping bagai~ 

Happy sangat. Alhamdulillah, SubhanAllah :) Aku harap hidup aku terus begini. Aku sayang semu sahabat aku! Selalu menceriakan hidup aku tatkala sepi! Aku tak nak kehilangan mereka. Gambar di bawah menggambarkan kegembiraan aku bersama mereka. Kepada Ain Nadia, saya ambil beberapa gambar dari album awak untuk entri kali ni. Halalkan okay ? Thanks awok :')












Terima kasih semua Sahabatku..
Hey Comel! Dah Baca Jangan Lupa Komen :]

No comments:

Post a Comment