Monday, January 14, 2013

Berfikir Sejenak , Renung-renungkan .

Bismillahhirrahmanirrahim. AssalamualaikumWBT.
Seriously, hari ni memang sangat membosankan. Takada apa-apa yang menarik untuk aku ceritakan. Hmm, anyway, tadi aku tengok lhaa page-page yang ada kat Facebook tu. Andthen, aku terjumpa beberapa artikel or ayat-ayat yang dikatakan boleh dijadikan panduan dalam hidup. Bukalah hati dan minda dengan seluas-luasnya untuk membaca ni :

♥ Saya tak minta yang SOLEH, sebab saya pun tak lah SOLEHAH sangat .
♥ Saya tak minta yang bergelar USTAZ, sebab saya lagi jauh untuk bergelar USTAZAH .
♥ Nak minta yang KAYA, saya pun TAK KAYA, hanya sekadar apa yang ada..
♥ Nak minta yang HENSEM, saya tak la CANTIK sangat, sekadar hamba sesempurna kejadian yang ALLAH ciptakan.
♥ Nak minta yang BERPANGKAT, saya hanya seorang HAMBA.
♥ Cukuplah sekadar yang MEMAHAMI dan MENERIMA diri seadanya .
♥ Cukuplah yang ada AGAMA di hati dan mengamalkannya serta sama-sama mencari jalan ke Syurga apabila bahtera dilayar dan masjid dibina.
♥ Cukuplah yang sama-sama saling MEMBANTU dalam susah dan senang mengharungi lautan dunia. 


Okay, ada juga 6 pesanan Imam Ghazali buat kita semua.
1. Apakah yang paling dekat dengan kita di dunia ni? : MATI .
2. Apakah yang paling jauh dengan kita di dunia ni? : MASA LALU .
3. Apakah yang paling besar di dunia ni? : NAFSU .
4. Apakah yang paling tajam di dunia ni? : LIDAH .
5. Apakah yang paling ringan di dunia ni? : MENINGGALKAN SOLAT
6. Apakah yang paling berat di dunia ni? : AMANAH .

Ambil masa untuk beberapa minit, renungkan dan fikirkan siapa kita? Kita cuma hamba, kerdil sangat. Mati akan tetap menghampiri kita. Tidak kira waktu, bila-bila masa sahaja kita boleh pergi meninggalkan dunia ni. But! Sudahkah kita menunaikan tanggungjawab kita sebagai seorang muslim dan mukmin yang sejati? 
Saya juga belum sempurna untuk menasihatkan orang, tapi, ada hadis mengatakan, dengarlah nasihat sesiapa jua mahupun dia seorang pelacur. 
Itu sahaja daripada saya, Assalamualaikum.



Hey Comel! Dah Baca Jangan Lupa Komen :]

No comments:

Post a Comment