Friday, January 11, 2013

Macammana saya nak tahu, bakal suami saya seorang yang soleh dan baik?


 Lelaki yang soleh lagi baik, sama sekali tidak mengajak kamu untuk berbuat ZINA! Tidak bermukadimah zina sama ada dengan perkataan apatah lagi dengan perbuatan. Tidak mengucapkan seweneng-wenangnya kata-kata cinta, sayang dan rindu kepada kamu.Tidak mengajak kamu untuk berpegangan tangan, sentuh-sentuh sebelum nikah. Dia akan bernikah dengan kamu dengan cara baik. Dia akan berjumpa dengan kedua-dua ibu-bapa kamu dulu. Yang penting, dia setia berjanji akan mengahwinimu.

Apabila seseorang mengungkapkan rasa cinta kepadamu, jangan mudah terpesona dengan kata-kata ajaib, pesona kata cinta yang lemah lembut gemalai, yang lentuk meliuk. Tutup matamu, tutup telingamu. Buka luas-luas Pintu Hatimu... Pandang dengan Mata Hati.... Bermunajat kepada Allah s.w.t..... Solat Hajat, Beristikharah....mohon Allah s.w.t. pilihkan dan tentukan apakah dia sebenarnya baik untukmu... Jika baik, mohon Allah satukan, tetapi jika dia berniat tidak baik, mohon Allah singkir dia dari Hatimu supaya Hati tidak tersentuh mahupun terseksa kerana Cinta dia .




Hey Comel! Dah Baca Jangan Lupa Komen :]

No comments:

Post a Comment