Thursday, January 10, 2013

Tahun Baru Azam Baru :')

Ching Ching! Selamat Tahun Baru 2013 :) Semoga tahun ini menjadi tahun yang lebih bermakna bagi kita semua. Seriously, memag dah lame tak update blog ni. Dah berhabuk sampai. Haha. Sememangnya, tahun ini banyak yang berubah bagi diri aku :) Boleh dikatakan 90% lah.

Okay, Penilaian Menengah Rendah lepas, Alhamdulillah syukur Ya Allah, aku dapat 6A 2B. Hadiah untuk kedua-dua ibu bapa aku. Semoga diorang happy walaupun tak dapat straight A. Dan banyak lagi kisah yang ingin aku ungkapkan kat blog ni. Semua aku mampu ungkapkan kat sini. Terus dari hati, ke tangan hingga ke komputer. Nak tahu? Baca lahh.

Sememangnya, aku tak suka cari masalah dengan orang KALAU ORANG TAK CARI MASALAH dengan aku. *senyum* Orang cakap apa-apa pasal aku, memang dari awal aku akan pendam. Tapi, kalau aku tak mampu memang aku lepas. Aku bagitahu atas apa yang aku dengar. Aku cakap atas apa yang orang cakap. Lend me your eyes to read these. Aku tak suka MENFITNAH orang ni. Apa lah yang aku dapat? Dosa kan? Dari fitnah lebih baik aku bunuh. *cakap lembut ni bukan marah* Hehe. Aku cakap ATAS APA ORANG CAKAP. *ulangan* Dan aku biarkan semua itu, melainkan ada yang buat mulut lain cakap aku itu dan ini. Nak teruskan? Please go onnnn.

Itu kisah akhir 2012. Kalau hal ini berulang lagi. Aku malas nak ambil tahu dan LANTAKLAH. Mulakan hidup baru dan tak usah nak mengungkit lagi. Semua telah berlalu. Dan tahun 2013 ni, aku nak cakap, aku memang nak pindah! Dah berazam dari awal lagi. TAPI? Sebab sayangkan kawan-kawan aku tak mampu. Adakah orang tahu itu? Ya, di mata segelintir tu, memang. "OH DIA MEMANG BUDAK JAHAT". Nak cakap, okay teruskan. Alhamdulillah sayang. Aku tak mampu tinggal semua geng aku! Kawan-kawan aku. Nak aku mention semua tu? Boleh. Nadia, Sahira, Nadhirah, Najihah, Qistina, Adam, Syahiran, Epu, Apik, Ayat, Amirah, Ira, Afira, Aidil, Emy, Husna Athirah, Ieka, Aiman, Amirul, Shukri, Badri, Eci, Naim, Imran dan yang lain-lain tu. Ehhh, aku memang pernah gaduh dengan segelintir tu. Tapi kau pernah buat eksperimen dan investigate why?? Tak pernah kan?? Cuba tanya depan-depan, molek-molek, kemas-kemas, aku akan bagitahu segala. Dan yang pasti aku sayang kaurang sangat-sangat! Sampai mampos sekalipun.

Jengg. Aku nak memperjelaskan terus di sini. Okay, kepada Athirah Qistina! I want to be honestly and talk to you by this blog. Tapi pertama sekali, aku nak minta maaf dekat kau dari hujung rambut sampai hujung jari kaki kau yer sayang. Haha :* Aku tak ada niat untuk bermasam muka dengan kau selama ni. Aku cuma dengar-dengar orang kata. Kau memburukkan aku macam-macam. Sebabtu aku jadi macamni. Ada orang cakap kau dah memburukkan nama aku. Hmm, aku tak tahu nak cakap apa. Yang pasti banyak kali dah aku dengar sampai naik pekak telinga aku. Masa cuti pun dapat dengar cerita lagi. Aku nak relaks pun dah berserabut. So, start dari itu aku memang menjauhkan diri daripada kau. I AM SO SORRY. But, aku bengang lah jugak. Terasa lah jugak. Aku tak tahu betul atau salah semua ni. Kalau boleh kau tolong terangkan honestly dekat aku. Okay. Jangan berasa hati dear :* Aku dah dapat buka blog memang gini. Happy. Haha. Anyway, sudah cukup sudah. Nanti kau balas aww :* Hehe. Kat handphone aku.

Okay, untuk tahun ni, aku masuk kelas 4Aktif. Aliran sains. Of course bro, jumpa segala killer subject. ADD MATH, KIMIA, FIZIK, BIOLOGI and macam-macam lagi lah kan. And tahun ini jugak relationship aku dengan Saiful Sufian berakhir. *Ni dah terlebih honest dah ni* Aku nak fokus pada pelajaran dulu. Cita-cita aku dengan dia sama bhaii. Pegawai Tentera. Haha. Okay epu, kau capai cita-cita kau dan aku pun begitu. Kalau ada jodoh, lepas study kita jumpa lagi yer. Kau cakap nak masuk UPNM. Weh, aku pun sama. Kau tiru aku eak. Haha.

Okay, sampai ni jer lah. Kepada semua. Aku minta maaf untuk tahun baru ni, kalau aku buat salah, aku buat silap. Semua manusia macamtu. Aku bukan malaikat. Aku manusia yang banyak kekurangan. Tapi aku ada jugak rasa sayang, belas kasihan, simpati dan Cinta akan Allah SWT. Hidangan untuk semua. Harap awkorang suka.
          Aku , Nadia dengan Amira Shahira
Time mendaki Bukit Panorama..
 Haha.. Comel-comel..
 Bosan. So, kami posing ~
 Selepas PMR ...
 Hang dengan Nadia tersayang <3
 Jeng Jeng.. Athirah Qistina ~ Wet wettt .
 Angkasawan Space Camp. Memori paling best 2012.

Hey Comel! Dah Baca Jangan Lupa Komen :]

No comments:

Post a Comment